BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 18, 2010

Siapa Marwa El-Sherbini?

Marwa, 32 tahun tinggal berjiran dengan Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman yang sangat membenci Islam. Pada Ogos setahun lalu, Marwa memfailkan saman terhadapnya lantaran kebiadapannya mencerca Marwa Terrorist gara-gara dia memakai hijab. Malah, Alex pernah mencuba beberapa kali untuk menanggalkan tudung yang dipakai Marwa. Rentetan itu, Alex telah diputuskan bersalah dan didenda 780 Euro.

1 Julai lalu, Alex mengemukakan rayuan terhadap kesnya. Di dalam mahkamah, dia telah menikam Marwa berulangkali sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa, Elwi Ali-Okaz meluru untuk melindungi isterinya tetapi telah ditikam di paru-paru serta terkena tembakan polis yang berada di situ. Marwa meninggal di tempat kejadian manakala suaminya berada di dalam keadaan kritikal. Lebih menyayat hati, Marwa ketika itu sedang hamil 3 bulan dan meninggalkan seorang anak lelaki, Mustafa yang baru berusia 3 tahun.

Media barat memandang remeh peristiwa tragis ini dan langsung tidak dihebahkan. Malah, rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang tahu kejadian seumpama ini berlaku ke atas wanita Muslim berbanding kematian Mikaeel Jackson yang sedikit pun tiada ciri-ciri Islam di hari pengebumiannya.

Dr. Marwa El-Sherbini wanita berani. Dia sanggup mengambil risiko untuk melindungi haknya sebagai seorang wanita muslim daripada terus diperlekehkan oleh kafir laknat. Marwa menghembuskan nafas yang terakhir ketika menegakkan hukum Allah, semoga syurga balasannya.

Sumber : Death of Marwa El-Sherbini

1 comments:

teha_teh said...

wow!!!sungguh mulia!!