Top up tak cukup? - AQibs Official's MySpace Blog | dunia kecilku
Sunday, March 21, 2010
Top up tak cukup? - AQibs Official's MySpace Blog | dunia kecilku
Posted by teha_teh at 6:29 AM 0 comments
Thursday, March 18, 2010
Siapa Marwa El-Sherbini?
Marwa, 32 tahun tinggal berjiran dengan Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman yang sangat membenci Islam. Pada Ogos setahun lalu, Marwa memfailkan saman terhadapnya lantaran kebiadapannya mencerca Marwa Terrorist gara-gara dia memakai hijab. Malah, Alex pernah mencuba beberapa kali untuk menanggalkan tudung yang dipakai Marwa. Rentetan itu, Alex telah diputuskan bersalah dan didenda 780 Euro.
1 Julai lalu, Alex mengemukakan rayuan terhadap kesnya. Di dalam mahkamah, dia telah menikam Marwa berulangkali sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa, Elwi Ali-Okaz meluru untuk melindungi isterinya tetapi telah ditikam di paru-paru serta terkena tembakan polis yang berada di situ. Marwa meninggal di tempat kejadian manakala suaminya berada di dalam keadaan kritikal. Lebih menyayat hati, Marwa ketika itu sedang hamil 3 bulan dan meninggalkan seorang anak lelaki, Mustafa yang baru berusia 3 tahun.
Media barat memandang remeh peristiwa tragis ini dan langsung tidak dihebahkan. Malah, rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang tahu kejadian seumpama ini berlaku ke atas wanita Muslim berbanding kematian Mikaeel Jackson yang sedikit pun tiada ciri-ciri Islam di hari pengebumiannya.
Dr. Marwa El-Sherbini wanita berani. Dia sanggup mengambil risiko untuk melindungi haknya sebagai seorang wanita muslim daripada terus diperlekehkan oleh kafir laknat. Marwa menghembuskan nafas yang terakhir ketika menegakkan hukum Allah, semoga syurga balasannya.
Sumber : Death of Marwa El-Sherbini
Posted by teha_teh at 7:24 PM 1 comments
Wednesday, March 17, 2010
Puisi untuk Ibu
sila hayati jika anda sayang ibu anda......
Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai
Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah
Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….
Ibu….
Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..
oleh itu, hargailah jasa ibu kita.....
Posted by teha_teh at 9:04 AM 1 comments
Monday, March 8, 2010
Junjungan Mulia
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Posted by teha_teh at 11:44 PM 0 comments
Thursday, March 4, 2010
Nabi S.A.W.Bersabda:"Berilah nasihat kepada kaum wanita secara baik.kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.Jika ada ssuatu yg berupaya utk meluruskannya,dia bertahan.Jika dipaksakn maka akan patah.Tetapi kalau dibiarkan maka akan tetap bengkok.Kerana itu nasihatilah wanita dengan cara yg baik..(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Posted by teha_teh at 7:14 AM 0 comments
IBUku prmata hatiku,penyembuh n penawar mengubati kerisauwan hatiku.Jika diberi pilihan antara "DuniA dan IBU" Aku memilih IBU.Jika diberi pilihan antara "Ruslt SPM 10A dan IBU" Aku memilih IBU.JIka diberi pilihan antara "Awek dan IBU"Aku memilih IBU.Kerana tmpa Ibu,xkan ku lahir dibumi,xkanku merasai hdup di dunia ini,xkanku dpt hirup udara dan xkan ku dpt melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T.Tampa IBU,xkanku dpt mmpelajari ilmu dunia n akhrat,tmpanya xkanku dpt mencintai seseorang hamba ALLAH didunia ini.kerana Syurgaku brada dbwah tlapak kakinya..Pesanku!! Jgn sesekali brkata uhh!! apabila IBU mnyuruh,krana jka ia brlaku xkan dpt mencium Syurga.Fiamanillah..
Posted by teha_teh at 7:13 AM 0 comments
salam perkenalan
Diriku bukannya seorang yg hebat sprti Tsunami yg mengegarkan Bandar Acheh,diriku jga bkan teguh,sprti Masjid Al-Aqsa yg hngga kini trus ingin ditawan,aku lg bukan gagah bagai taufan katrina yg menumpaskan benteng kekuatan Bush suatu ketika dhulu,diriku tdaklah sehebat hang tuah yg lincah brmain senjata.. Jasadku bkan la sperti kekebalan Saidina Umar,batinku bkan la sekuat matahari yg selalu memberikan cahaya.... kerana,Diriku seorang yg lemah,masih memerlukan teman,seperti Adam memerlukan Hawa,Muhammad yg mendambakan Khadijah,Ali yg merungkai kasih Fatimah,aku jga seperti mereka.... diriku bukanlah seperti bintang yg menyenari mlm,awan yg meneduhkan kepanasan dan ais yg menyejukkan bumi.Diriku jga memerlukan air sprti khidupan,memerlukan udara utk bernafas dan memerlukan dirimu dikala diriku kesunyian... diriku perlukan seorang insan bernama teman..........
Posted by teha_teh at 7:11 AM 0 comments
YA ALLAH jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pda sseorang yg melabuhkan cintanya padaMU,agar brtambah kekuatanku utk menyintaiMU. YA MUHAIMIN jka aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU agar tdak trjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. YA RABBANA jka aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tdak brpaling drpada hatiMU. Ya RABBUL IZZATI jka aku rindu,rindukanlah aku pada sseorang yg merindui syahid di jalanMU. YA ALLAH jka aku menikmati cinta kekasihMU,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga mlm terakhirMU. YA ALLAH jka KAU halalkan aku merindui kekasihMU,jngan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU.........
Posted by teha_teh at 7:08 AM 0 comments
buatmu ibu....